MAIWP salur bantuan Aidilfitri kepada lebih 38,000 asnaf

MAIWP salur bantuan Aidilfitri kepada lebih 38,000 asnaf

ZULKIFLI Hasan berucap pada perasmian Rahmah Madani MAIWP: Majlis Santunan Kasih Asnaf 2026 di Dewan Perdana Felda, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 38,850 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan menerima bantuan RM500 seorang sempena Hari Raya Aidilfitri dengan peruntukan berjumlah RM18.171 juta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut menyampaikan sumbangan khas bernilai RM138,000 melibatkan 400 ketua keluarga dan 200 kanak-kanak sebagai komitmen berterusan dalam meringankan beban asnaf.

“Lebih daripada sekadar sumbangan, inisiatif ini menjadi simbol bahawa setiap agihan zakat membawa harapan, menyentuh kehidupan dan menghidupkan rasa kebersamaan dalam masyarakat.

“Dalam masa yang sama, MAIWP turut memperkukuh impak agihan zakat melalui kerjasama bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan peruntukan keseluruhan RM3.136 juta bagi melaksanakan program kebajikan, pendidikan dan dakwah kepada pelbagai kelompok yang memerlukan,” katanya dalam kenyataan sempena perasmian Rahmah Madani MAIWP: Majlis Santunan Kasih Asnaf 2026 di Dewan Perdana Felda, Kampung Datuk Keramat di sini hari ini.

Zulkifli berkata, MAIWP sudah mengagihkan RM257,069,178 dana zakat setakat hari ini.

“Ia meliputi 38 skim bantuan meliputi kluster-kluster, selain bantuan secara tidak langsung menerusi program pembangunan asnaf dan menerusi institusi pendidikan oleh MAIWP,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN