PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk menyemak jumlah saman yang perlu dibayar kepada parti itu kerana melanggar syarat bon. Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara menolak permohonan Zuraida dengan alasan kebenaran semakan hanya diberikan jika terdapat keadaan khas dan luar biasa selain mengelakkan ketidakadilan. Mahkamah turut memerintahkan bekas Ahli Parlimen Ampang yang juga bekas Menteri Perumahan…










