Maghfirah Travel Perkukuh Keyakinan Jemaah Melalui Kerjasama Strategik Bersama Amal Malaysia Airlines - Utusan Malaysia

Maghfirah Travel Perkukuh Keyakinan Jemaah Melalui Kerjasama Strategik Bersama Amal Malaysia Airlines

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Maghfirah Travel & Tours Sdn Bhd terus mengorak langkah memperkukuhkan kedudukannya dalam industri umrah menerusi kerjasama strategik bersama Amal by Malaysia Airlines, sekali gus memberi jaminan keselesaan dan keyakinan kepada para jemaah yang bakal menunaikan ibadah ke Tanah Suci.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan Maghfirah Travel dalam menyediakan perkhidmatan umrah yang lebih tersusun, selamat serta diyakini, khususnya dalam suasana dunia yang masih berdepan pelbagai ketidaktentuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Maghfirah Travel, Fakrur Radzi Mohd Omar berkata, kepentingan jemaah sentiasa menjadi keutamaan utama syarikat dalam setiap keputusan yang diambil.

Menurut beliau, Maghfirah Travel berbesar hati apabila dipilih sebagai salah satu daripada 14 agensi umrah terpilih oleh Amal by Malaysia Airlines bagi musim 1448 Hijrah.

“Pemilihan ini mencerminkan tahap kepercayaan serta standard perkhidmatan yang kami bawa selama ini.

“Sebagai bukti komitmen terhadap para jemaah, kami telah melaburkan hampir RM10 juta bagi tempahan awal tempat duduk penerbangan supaya perjalanan mereka dapat dirancang dengan lebih teratur, selesa dan meyakinkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, setiap pendaftaran jemaah bukan sekadar urusan perniagaan, sebaliknya satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab.

Katanya, Maghfirah Travel mahu setiap jemaah berasa tenang sepanjang perjalanan mereka, bermula dari peringkat perancangan sehingga selesai menunaikan ibadah.

“Setiap jemaah yang memilih kami membawa satu amanah. Tanggungjawab kami adalah memastikan perjalanan mereka diurus dengan baik, selamat dan menenangkan hati,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihak Amal by Malaysia Airlines turut membentangkan pelan penerbangan yang tersusun serta memberi jaminan bahawa laluan penerbangan yang digunakan adalah selamat dan tidak melalui kawasan konflik.

Menurut Fakrur Radzi, perancangan laluan tersebut memberikan keyakinan kepada pihaknya untuk terus menjamin keselamatan para jemaah sepanjang perjalanan ke Tanah Suci.

Dengan sokongan rakan strategik yang kukuh dalam industri penerbangan, Maghfirah Travel optimis untuk terus menawarkan pengalaman umrah yang lebih selesa, tersusun dan diyakini masyarakat.

Langkah itu sekali gus membuktikan komitmen berterusan syarikat dalam memastikan setiap perjalanan jemaah bukan sahaja sampai ke destinasi, malah dilalui dengan penuh ketenangan, keselesaan dan keyakinan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pakej umrah boleh melayari laman web rasmi Maghfirah Travel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN