Luahan di TikTok bukan untuk keluarga saya - Anak Abby Abadi

Luahan di TikTok bukan untuk keluarga saya – Anak Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak bongsu kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim, Maria Danisha Hakim tampil menjelaskan luahan hati yang dikongsikan di platform media sosial sebelum ini tidak ditujukan kepada keluarganya.

Jelas Maria, 18, perkongsiannya itu telah disalah anggap oleh sesetengah pihak kononnya berlaku konflik sesama ahli keluarga.

“Saya ingin menjelaskan mengenai hantaran yang saya buat di TikTok. Hantaran tersebut tidak merujuk kepada sesiapa, terutamanya ahli keluarga saya.

“Jadi saya berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai mereka. Saya dan keluarga berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang konflik antara kami.

“Saya menghargai segala kasih sayang dan sokongan yang anda berikan melalui komen dan mesej peribadi (DM). Terima kasih banyak-banyak,” tulisnya menerusi perkongsian di aplikasi Threads.

Sebelum Maria mencuri perhatian apabila berkongsi hantaran berbentuk luahan hati menyatakan perasaannya tidak dihargai dipercayai selepas menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), semalam.

“Hati yang diam menyimpan segalanya di dalam, takut menjadi beban.

“Terus mencuba berulang kali tanpa disedari, menunggu seseorang melihat usaha itu dan apabila saat itu akhirnya tiba, perhatian diberikan kepada yang lain.

“Tiada kata-kata diucapkan, tiada keluhan diluahkan, tetapi usaha yang paling senyap pun membawa begitu banyak kesakitan dan ia tetap layak untuk dilihat, dirasai, dan dihargai,” tulisnya sebelum ini.

Untuk rekod, Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 18 tahun. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN