Lokasi jalan raya kerap banjir dipantau, pastikan keselamatan pengguna

Lokasi jalan raya kerap banjir dipantau, pastikan keselamatan pengguna

ALEXANDER NANTA LINGGI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya akan terus melakukan pemantauan rapi bagi lokasi jalan raya yang kerap dinaiki air setiap kali hujan bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihak kementerian menerusi Bilik Gerakan Bencana (BigBen) sentiasa bersiap sedia terutamanya ketika berdepan musim peralihan.

Menurut beliau, data mengenai kawasan lokasi berisiko tinggi telah dikenal pasti bagi membolehkan gerak kerja pantas dilakukan sekiranya berlaku sebarang insiden tidak diingini.

“Kami sudah kenal pasti kawasan yang kerap banjir dan kami pantau dengan rapi. Kadang-kala ramalan kita tepat, namun ada kalanya banjir berlaku di luar jangkaan.

“Bagaimanapun, tahap kesiapsiagaan kita sentiasa ditekankan agar pihak kementerian boleh bertindak balas dengan pantas di lapangan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander menjelaskan, kementerian sedang melaksanakan program menaikkan aras jalan secara berterusan di kawasan yang sering terjejas.

Jelas beliau, inisiatif itu dilaksanakan setiap tahun berdasarkan peruntukan yang tersedia bagi meminimumkan risiko gangguan laluan akibat limpahan air hujan.

“Kita tidak bergantung semata-mata pada aduan. Sistem sedia ada membolehkan kita turun ke padang secara proaktif.

“Pendekatan kita bukan sekadar reaktif tetapi lebih kepada pencegahan dan pemantauan berterusan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN