PETALING JAYA: Lima individu dipercayai menyebarkan maklumat palsu berhubung kenaikan harga bahan api petrol dan diesel di Threads disiasat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). MCMC berkata, daripada jumlah itu, tiga daripada mereka telah dipanggil bagi rakaman percakapan untuk membantu siasatan. Katanya, berdasarkan maklumat aduan diterima, kandungan yang disebarkan oleh kesemua suspek didapati palsu, mengelirukan serta berpotensi menimbulkan kegelisahan dalam kalangan pengguna. “Hasil semakan lanjut mendapati pihak Buletin TV3 telah…










