KUANTAN: Industri perikanan negara mungkin terjejas berikutan pengusaha bot nelayan laut dalam C2 berdepan dengan risiko tidak dapat meneruskan operasi kerana tidak mampu menanggung kos akibat kenaikan harga diesel. Kos bahan api diesel mencecah RM7.42 per liter ketika ini memberi tekanan kepada lebih 200 pengusaha bot laut dalam C2 di seluruh Pantai Timur membabitkan kira-kira 450 bot. Wakil pengusaha bot nelayan laut dalam C2, Zahir Yaakob berkata, keadaan itu menyebabkan…










