JOHOR BAHRU: Seorang lelaki rakyat Korea Selatan yang dikehendaki di negara asalnya kerana disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan nilai hampir RM10 juta ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Horizon Hills, di sini semalam. Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, suspek yang berusia 49 tahun itu turut didapati menggunakan pas penggajian palsu untuk tinggal di Malaysia. Katanya, penahanan tersebut dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihak…










