Lebih 300 aduan kucing dianiaya kanak-kanak, kes disiasat JPV

Lebih 300 aduan kucing dianiaya kanak-kanak, kes disiasat JPV

TANGKAP layar video memaparkan dua kanak-kanak didakwa menganiaya seorang kucing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN:  Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menerima lebih 300 aduan berhubung kes seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak yang tular dalam media sosial dan didakwa berlaku di daerah ini.

Pengarahnya, Dr. Anun Man berkata, pihaknya memandang serius perbuatan itu dan sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772).

“Kita memandang serius perbuatan zalim terhadap terhadap haiwan. Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil menyalurkan maklumat bagui membantu siasatan. Perlindungan kebajikan haiwan adalah tanggungjawab bersama,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial video berdurasi 18 saat yang memaparkan seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak sehingga mengundang kemarahan netizen.

Menerusi video tersebut, salah seorang kanak-kanak dilihat menarik tali yang diikat pada leher kucing manakala seorang lagi kanak-kanak dilihat beberapa kali menyepak dan memukul kepala haiwan itu menggunakan selipar.

Tindakan dua individu yang merakam video tanpa melarang perbuatan kanak-kanak yang dilihat tidak berperikemanusiaan itu juga turut dipersoal netizen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN