DUNGUN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu menerima lebih 300 aduan berhubung kes seekor kucing dianiaya dua kanak-kanak yang tular dalam media sosial dan didakwa berlaku di daerah ini. Pengarahnya, Dr. Anun Man berkata, pihaknya memandang serius perbuatan itu dan sedang melakukan siasatan secara menyeluruh mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772). “Kita memandang serius perbuatan zalim terhadap terhadap haiwan. Kita meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil menyalurkan…










