KOTA BHARU: Lapan buah rumah terbakar sehingga menyebabkan 30 tong gas petroleum cecair (LPG) yang disimpan di salah sebuah kediaman tersebut meletup dalam kejadian di Kampung Chabang Tiga, Kedai Buloh di sini, malam tadi. Dalam kebakaran kira-kira pukul 9.30 malam itu, lima buah rumah musnah 100 peratus manakala tiga lagi terbakar 10 peratus. Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd. Farid Ismail berkata, …










