PETALING JAYA: Industri kereta terpakai semakin terhimpit apabila lambakan kenderaan yang tidak terjual memperlihatkan tekanan sebenar pasaran, lantas memaksa para pengusaha bergelut untuk terus bertahan. Kemasukan agresif kenderaan baharu, khususnya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dari China, dilihat menggugat keseimbangan pasaran sedia ada apabila pelbagai insentif menarik ditawarkan kepada pengguna termasuk penyelenggaraan percuma dan rebat tidak masuk akal. Perkembangan itu bukan sahaja mengubah landskap industri automotif, malah secara langsung menekan…










