Laluan Kelana Jaya kembali pulih, tren alternatif ditamatkan - Utusan Malaysia

Laluan Kelana Jaya kembali pulih, tren alternatif ditamatkan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya kendalian Rapid KL kembali pulih selepas kerja-kerja pembersihan dahan pokok yang menghalang landasan berhampiran Stesen Taman Paramount dekat sini, selesai dijalankan kira-kira 9:30 pagi tadi.

Menurut Prasarana, halangan tersebut telah berjaya dialihkan sepenuhnya sekali gus membolehkan operasi tren kembali berjalan seperti biasa.

Katanya, perkhidmatan tren alternatif yang sebelum ini diaktifkan bagi mengurangkan kesan gangguan turut ditamatkan.

“Bagaimanapun, pengguna masih perlu bersedia menghadapi sedikit kelewatan berikutan kekerapan tren sedang diselaraskan secara berperingkat.

“Situasi itu memaksa pihak pengendali melaksanakan langkah operasi sementara termasuk perkhidmatan tren perantara dan penamatan perjalanan di stesen tertentu,” katanya dalam kenyataan.

Gangguan berkenaan turut menjejaskan perjalanan pengguna khususnya pada waktu puncak pagi ini.

Seorang pelajar Universiti Malaya (UM), Syafiqah Tahirah Musa berkata, dia berdepan kelewatan untuk ke kelas akibat insiden tersebut.

“Saya ada kelas pukul 9 pagi tetapi pada pukul 8.50 pagi saya masih berada di stesen. Tren hari ini bergerak lebih perlahan dan berhenti lebih lama daripada biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN