JOHOR BAHRU: Seramai 180,000 pelancong dari Johor dan Singapura disasarkan mengunjungi Kedah dan Langkawi sepanjang musim cuti persekolahan pertengahan tahun ini, sekali gus merancakkan sektor pelancongan domestik. Pengurus Bahagian Pelancongan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Dr. Azmil Munif Mohd. Bukhari berkata, sasaran itu didorong perubahan trend pelancong yang kini lebih cenderung memilih destinasi dalam negara berikutan faktor keselamatan global. Katanya, penganjuran sesi libat urus membantu pemain industri pelancongan tempatan serta Singapura…










