KANGAR: Dalam tempoh dua hari, jumlah kutipan bagi membantu menampung kos membawa pulang seorang warga emas, Halimah Ismail, 64, yang diserang strok semasa dalam perjalanan mengerjakan umrah di Madinah Februari lalu sudah mencecah RM111,000 iaitu melebihi separuh daripada jumlah diperlukan. Pada 5 April lalu, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Titi Tinggi melancarkan tabung kutipan bagi menampung kos membawa pulang warga emas itu yang dianggarkan menelan kos sebanyak RM200,000. ADUN…










