Krisis tenaga ubah norma, harga minyak sukar kembali ke AS$65 setong

Krisis tenaga ubah norma, harga minyak sukar kembali ke AS$65 setong

AKMAL NASRULLAH MOH NASIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hasrat untuk melihat harga minyak mentah Brent kembali ke paras AS$65 setong mungkin sekadar tinggal kenangan susulan krisis tenaga global yang semakin berlarutan.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, perubahan landskap tenaga global ketika ini tidak lagi bersifat sementara sebaliknya norma lama telah berubah sepenuhnya.

Beliau berkata, meskipun ada pandangan bahawa keadaan akan kembali seperti sedia kala selepas krisis berakhir, realitinya situasi semasa semakin mencabar dan mencetuskan ketidaktentuan berpanjangan.

“Bacaan awal menunjukkan ada norma yang tidak lagi kekal seperti dahulu. Sebab itu kita perlu bersedia bahawa dunia akan berdepan norma baharu atau ‘new normal’.

“Harga minyak untuk kembali ke AS$65 setong mungkin hanya tinggal memori. Kalau berlaku, Alhamdulillah, tetapi kita tahu keadaan tidak semudah sebelum ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian dan Hala Tuju PADU, di sini hari ini.

Katanya, dalam mendepani cabaran itu, kerajaan memberi penekanan kepada pendekatan berasaskan data dan statistik dalam merangka dasar kerajaan.

Akmal berkata, usaha itu penting bagi memastikan setiap keputusan yang dibuat kerajaan lebih responsif terhadap perubahan semasa dan keperluan masa depan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN