PETALING JAYA: Krisis tenaga antarabangsa yang melanda dunia ketika ini memberi kesan kepada rantaian bekalan global termasuk membabitkan ubat-ubatan dan peranti perubatan negara. Kementerian Kesihatan berkata, krisis itu memberi impak kepada penghantaran serta ketidakstabilan akses kepada beberapa peranti perubatan kritikal khususnya produk import bagi kategori berisiko tinggi. Katanya, situasi itu juga antara lain memberi kesan kepada keupayaan pembekal untuk memenuhi obligasi kontrak selain berpotensi menjejaskan kelangsungan penyampaian perkhidmatan kesihatan sekiranya…










