ALOR GAJAH: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan pengajaran Bahasa Tamil dan Bahasa Cina dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bermula tahun depan. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, langkah tersebut merupakan antara pembaharuan penting dalam Kurikulum Persekolahan 2027 yang bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan murid Tahun Satu dan Tingkatan Satu. Menurut beliau, inisiatif itu bertujuan…










