PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) kini meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi semua aktiviti luar yang melibatkan institusi di bawah seliaannya susulan tragedi dua penuntut Institut Pendidikan Guru lemas ketika melakukan aktiviti berkayak di perairan Pantai Merdeka, Sungai Petani pada Sabtu lalu. Pejabat Menteri Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, pihak kementerian mengambil tanggungjawab penuh atas kemalangan yang berlaku dan siasatan yang telus, menyeluruh serta terperinci sedang dijalankan bagi mengenal…










