PETALING JAYA: Lonjakan harga minyak mentah global sehingga AS$120 (AS$1 = RM4.02) setong bukan hanya dipacu oleh faktor permintaan dan bekalan, sebaliknya turut dipengaruhi geopolitik, kos penghantaran serta premium insurans. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, sejak konflik Asia Barat tercetus sejak 28 Februari lalu, harga minyak mentah meningkat 40 peratus, manakala kos pengangkutan melonjak antara 47 hingga…










