PETALING JAYA: Universiti Automotif Malaysia DRB-HICOM meraikan seramai 230 graduan pada Istiadat Konvokesyen Ke-10 yang berlangsung di Dewan Canseleri di Pekan, Pahang. Jumlah itu merangkumi tiga graduan Doktor Falsafah (PhD), lapan Ijazah Sarjana, 52 Ijazah Sarjana Muda, 89 Diploma, 10 Asasi serta 68 penerima sijil Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) atau kemahiran. Majlis yang berlangsung dalam satu sesi hari ini menghimpunkan graduan daripada pelbagai program akademik yang ditawarkan…








