Kerjaya Prospek peroleh kontrak bernilai RM98.8 juta bina hospital swasta di Seremban 2

Kerjaya Prospek peroleh kontrak bernilai RM98.8 juta bina hospital swasta di Seremban 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Kerjaya Prospek Group Berhad (Kerjaya) melalui anak syarikat milik penuhnya, Kerjaya Prospek (M) Sdn. Bhd.,  berjaya meraih kontrak bernilai RM98.8 juta bagi pembinaan sebuah hospital swasta di Seremban 2.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kerjaya, Tee Eng Tiong berkata, penganugerahan kontrak daripada pelanggan baharu itu merupakan satu pencapaian yang bermakna buat syarikat.

“Penerokaan baharu itu meluaskan kepakaran syarikat daripada sektor kediaman kepada pembinaan penjagaan kesihatan.

“Projek itu mencerminkan keyakinan pelanggan yang meningkat terhadap kepakaran pelaksanaan kami.

“Kami kekal komited untuk menyerahkan projek ini pada standard tertinggi, dengan tumpuan penuh kepada aspek kualiti, keselamatan, dan siap pada masanya,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, jumlah kontrak baharu yang diperoleh Kerjaya bagi tahun kewangan 2026 adalah sebanyak RM802.3 juta.

“Perkembangan positif itu turut melonjakkan jumlah buku pesanan tertunggak (order book) kumpulan kepada RM4.3 bilion.

“Prospek pendapatan dan keterlihatan perolehan juga akan kukuh pada masa hadapan.

“Projek yang merangkumi kerja-kerja bangunan utama bagi kompleks hospital setinggi lapan tingkat tersebut dijangka siap dalam tempoh 18 bulan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN