GEORGE TOWN: Kerjasama perniagaan antara Malaysia dan China dijangka memasuki fasa strategik baharu yang lebih bernilai tinggi di peringkat serantau, selari dengan perkembangan landskap perdagangan global semasa. Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Yeoh Soon Hin berkata, momentum tersebut dipacu melalui pelaksanaan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Katanya, kedua-dua inisiatif itu membuka ruang luas kepada pengukuhan kerjasama ekonomi, khususnya dalam aspek pelaburan,…










