Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi - Utusan Malaysia

Kerajaan tubuh Pusat Arahan Komunikasi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pusat Arahan Komunikasi ditubuhkan bagi menyelaras maklum balas terhadap krisis tenaga global dan perkembangan geopolitik semasa. 

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini dan akan beroperasi di bawah kerangka Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Katanya lagi, ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dimana sidang akhbar akan diadakan setiap hari bermula esok.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada peringkat awal, taklimat dijangka diadakan setiap hari bermula jam 4 petang bagi menyelaras komunikasi kerajaan, khususnya berkaitan langkah dan respons terhadap krisis tenaga global serta situasi konflik di rantau ini,” katanya hari ini.

Katanya, sidang akhbar itu bakal memberi tumpuan kepada perkembangan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran serta kesan langsungnya terhadap ekonomi Malaysia.

Fahmi berkata, langkah itu dilihat sebagai pendekatan lebih agresif kerajaan dalam memastikan maklumat yang disampaikan kepada rakyat tepat, tersusun dan tidak bercelaru ketika dunia berdepan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Dalam perkembangan berkaitan, Jemaah Menteri turut memutuskan supaya Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dan Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir, bertemu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan kewangan dan ekonomi dalam masa terdekat.

“Langkah ini untuk menyampaikan pandangan dan juga ikhtiar kerajaan yang dirangka setakat ini khusus berkait isu-isu ekonomi dan kewangan akibat daripada apa yang sedang berlaku di Asia Barat dan kesan kepada ekonomi negara akibat daripada krisis tenaga global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini