Kerajaan salur RM6 juta Fasa Kedua Dharma Madani

Kerajaan salur RM6 juta Fasa Kedua Dharma Madani

RAMANAN (tengah) menyampaikan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada salah sebuah kuil yang menerima manfaat di bawah Program Dharma Madani Fasa Kedua di Dewan Kaladamaphan, di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 buah kuil Hindu di seluruh negara menerima bantuan kewangan berjumlah RM6 juta, menjadikan bantuan keseluruhan disalurkan setakat ini berjumlah RM9.24 juta.

Menurut Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, menerusi program berkenaan, setiap kuil yang layak akan menerima RM20,000 sebagai sokongan kewangan bagi memperkukuh peranan institusi keagamaan sebagai teras pembangunan komuniti India.

“Sebanyak 462 rumah ibadat yang mengemukakan permohonan telah diluluskan bagi Fasa Kedua ini, dengan peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Namun begitu, sebanyak 381 permohonan tidak berjaya kerana didapati tidak lengkap, dan saya telah mengarahkan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) di bawah KESUMA untuk membantu meluluskan permohonan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar Program Dharma Madani Fasa Kedua di Dewan Kaladamaphan di sini, hari ini.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa), Kementerian Sumber Manusia (Kesuma), Dr. Mohd Shaharin Umar dan Ketua Pengarah MITRA, Raveendran Nair.

Ramanan berkata, inisiatif itu akan diteruskan lagi untuk siri ketiga dan keempat.

Sebelum ini, kerajaan memperuntukan RM3.1 juta bagi Fasa Pertama Program Dharma Madani kepada 126 kuil komuniti India di seluruh negara bagi memperkasa institusi rumah ibadat Hindu.

Dalam pada itu, beliau berkata, ‘One Stop Centre’ atau Pusat Sehenti akan diwujudkan bagi memudahkan akses maklumat dan bantuan kerajaan kepada masyarakat India.

“Lebih kurang 90 peratus komuniti India di sini tidak tahu mengenai inisaitif Vetri Madani di bawah kerajaan Madani.

“Saya fikir sekiranya saya letak tempat yang khas ini, ia dapat membantu komuniti india mendapat mengenai program-program lain yang lebih besar di bawah kerajaan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN