PETALING JAYA: Kemasukan semula bekas pemimpin dan tokoh lama UMNO menimbulkan persepsi, parti itu belum keluar daripada bayang-bayang politik lampau. Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, situasi itu berisiko menjarakkan lagi sokongan generasi baharu berusia antara 18 hingga 36 tahun yang amat kritikal terhadap imej kepemimpinan lama, khususnya berkait isu rasuah. Katanya, sukar bagi UMNO memulihkan imej sekiranya terus bergantung kepada kelompok…










