Kelantan cadang bina litar tangani masalah mat rempit

Kelantan cadang bina litar tangani masalah mat rempit

ZAMAKHSHARI Muhamad pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bercadang membina sebuah litar motocross dalam usaha menangani gejala mat rempit sebagaimana yang berlaku di kawasan Lapangan Terbang Sultan Ismai Petra (LTSIP) di Pengkalan Chepa, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat negeri, Zamakhshari Muhamad berkata, pihaknya sudah mewartakan sebidang tanah milik kerajaan negeri di mukim Sokor, Tanah Merah.

Katanya, inisiatif itu diambil bagi menyediakan tapak lebih selamat serta terkawal untuk golongan muda menzahirkan minat mereka dalam sukan permotoran, sekali gus mengelakkan kawasan LTSIP berterusan dijadikan litar lumba haram.

“Selain itu, kerajaan negeri akan turut menambah baik kawasan-kawasan riadah, sukan dan rekreasi di serata negeri ini, bagi membolehkan golongan muda, keluarga serta masyarakat menjalani aktiviti sihat dalam keadaan lebih selesa.

“Banyak kawasan riadah sedang dibangunkan di Kelantan tetapi isu sosial seperti ‘rempit’ ini tetap memerlukan kerjasam daripada semua pihak,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Zamakhshari memberitahu, pendekatan bersepadu dalam aspek penguatkuasaan, pembangunan belia serta penyediaan kemudahan riadah bagi golongan muda sebagai usaha menangani gejala negatif, termasuk lumba haram atau rempit sudah dijalankan oleh kerajaan negeri.

Katanya, kerjasama erat serta sokongan berterusan akan diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) bagi memastikan LTSIP tidak lagi menjadi lokasi tumpuan aktiviti lumba haram atau rempit.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan tindakan kumpulan mat rempit menjadikan balai pelepasan di terminal baharu LTSIP di sini sebagai litar bukan hanya menyedihkan, bahkan sangat memalukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN