Kebakaran rosakkan dua rumah, empat kenderaan di Petaling Jaya

Kebakaran rosakkan dua rumah, empat kenderaan di Petaling Jaya

ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam operasi memadamkan kebakaran melibatkan dua buah rumah teres malam tadi. - ihsan JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua buah rumah teres dan empat buah kenderaan rosak dalam kebakaran di 40 Jalan SS 5D/6 dekat sini, semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 7.40 malam sebelum menggerakkan anggota ke tempat kejadian.

“Menurut laporan yang diterima, kebakaran melibatkan dua buah rumah teres dengan keluasan 20×70 kaki persegi musnah 70 peratus, membabitkan sebuah rumah terbakar 40 peratus manakala sebuah lagi terbakar 30 peratus.

“Dalam kejadian sama, dilaporkan tiga kenderaan melibatkan Perodua Axia hangus 95 peratus, Proton Preve dan X50 masing-masing mengalami kebakaran 50 peratus serta sebuah motosikal 95 peratus terbakar,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, JBPM telah menghantar pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya dan Damansara dengan 16 anggota untuk mengawal kebakaran.

Bagaimanapun, tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.

Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke rumah berhampiran dan operasi tamat sepenuhnya selepas keadaan dipastikan selamat.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam proses siasatan unit forensik, katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN