Kanak-kanak autistik lima tahun lemas dalam kolam takungan

Kanak-kanak autistik lima tahun lemas dalam kolam takungan

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seorang kanak-kanak perempuan lima tahun dalam spektrum autisme ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sebuah kolam takungan di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Nagasari di Kepala Batas, petang tadi.

Mangsa, Mya Khadeeja Suraidi, 6, ditemui oleh orang awam pada pukul 4.26 petang dengan memakai baju berwarna biru dan masih menggunakan lampin pakai buang.

Kanak-kanak autistik yang tidak boleh berkomunikasi itu disedari hilang oleh kakaknya kira-kira pukul 8 pagi tadi, sebelum bapanya membuat laporan polis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Noor Azhar Tajudin berkata, anggota yang memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap turun ke dalam kolam bagi mengeluarkan mangsa dan membawanya ke tempat selamat.

“Setiba di lokasi, kami menemui kanak-kanak perempuan dalam keadaan terapung di kolam tersebut dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Radzi Abdul Rahim mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak terbabit. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN