KOTA TINGGI: Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan melancarkan Kempen Sekolah Selamat dalam memastikan masalah disiplin dalam kalangan pelajar berkurangan. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin berkata, kempen yang akan dilancarkan minggu depan itu sebagai sokongan kepada Kempen Anti Buli yang telah dilancarkan tahun lalu bagi menjadikan sekolah sebagai tempat selamat buat pelajar menuntut ilmu. Katanya, antara agensi terlibat termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan…







