Jimat tenaga: JPJ kurangkan guna lampu 50 peratus di ruang pejabat

Jimat tenaga: JPJ kurangkan guna lampu 50 peratus di ruang pejabat

AEDY Fadly Ramli (empat kanan) meluncurkan baju korporat baharu JPJ di Kementerian Pengankutan, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula melaksanakan beberapa inisiatif penjimatan tenaga secara serta-merta selaras arahan kerajaan antaranya dengan mengurangkan penggunaan lampu sehingga 50 peratus di ruang pejabat yang tidak melibatkan kaunter perkhidmatan awam.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, inisiatif itu termasuk meningkatkan suhu pendingin hawa di semua premis pejabat bagi mengurangkan penggunaan elektrik.

“Kebenaran pemakaian baju korporat atau batik sepanjang waktu bekerja diberikan bagi mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan pendingin hawa secara maksimum,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perhimpunan Setia JPJ Bulan Mac 2026 di sini hari ini.

Aedy Fadly berkata, langkah penjimatan tenaga itu adalah sebagai menyokong usaha kerajaan dalam menangani krisis tenaga global yang sedang dihadapi negara.

Jelasnya, ia juga selaras dengan pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (BDR) bagi perkhidmatan awam seperti yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang akan mula dikuatkuasakan di JPJ bermula 15 April depan.

Tambahnya, JPJ terus mempergiat usaha pendigitalan perkhidmatan dengan menggalakkan orang awam untuk melaksanakan urusan secara dalam talian melalui aplikasi MyJPJ dan portal rasmi JPJ bagi transaksi yang tidak memerlukan kehadiran ke kaunter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN