Jenayah korporat manipulasi sistem, sembunyi hasil haram 

Jenayah korporat manipulasi sistem, sembunyi hasil haram 

AZAM Baki ditemui pemberita selepas Sesi Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia (Matf): Way Forward di Putrajaya hari ini-UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jenayah korporat kini tidak lagi terhad kepada penipuan dan rasuah, sebaliknya turut merangkumi manipulasi saham dan mengelak cukai.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, jenayah korporat itu menggunakan struktur korporat sah untuk mengaburi pihak penguatkuasa.

“Ia disokong oleh rangkaian profesional seperti akauntan, peguam, perunding dan orang dalam agensi tertentu. 

“Mereka ini bukan sahaja melindungi aktiviti haram, memanipulasi struktur korporat, membersihkan wang haram,serta memanipulasi sistem untuk memastikan jenayah terus berlaku tanpa dikesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Libat Urus Pasukan Petugas Khas Agensi-Agensi Penguatkuasaan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Azam berkata, isu jenayah korporat perlu menjadi fokus utama semua agensi penguatkuasaan kerana ia bersifat kompleks dan memerlukan kerjasama rapat antara pelbagai pihak.

Beliau berkata kerjasama antara SPRM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Sekuriti, dan agensi berkaitan adalah penting bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan pihak yang terlibat dibawa ke muka pengadilan.

“Jenayah korporat ini adalah seperti yang saya sebutkan tadi ia melibatkan hal-hal korporat dan semua agensi perlu bersama-sama menyiasat perkara ini,” katanya ditemui media selepas majlis itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN