PETALING JAYA: Tiada mana-mana parti dijangka mampu mendominasi pentadbiran negara secara solo selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop berkata, landskap politik negara pasca PRU16 dijangka terus tidak menentu, sekali gus menuntut pembentukan kerajaan campuran bagi menjamin kestabilan pentadbiran. “Apa yang saya lihat, tidak akan ada lagi dominasi politik oleh mana-mana parti. Kita masih memerlukan kerajaan campuran. Bentuk gabungan itu bergantung kepada…










