Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara - Anwar

Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara – Anwar

ANWAR Ibrahim diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bergambar bersama warga MOT selepas Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Pengangkutan di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kenyataan dibuat seorang tokoh agama berkaitan kenaikan harga minyak baru-baru ini kerana ia dilihat mengelirukan rakyat.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak menyangka seorang yang bergelar ulama terkenal sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Ada ulama yang terkenal, yang ada banyak (ramai) pengikutnya yang memberi pandangan, umpamanya dengan mengatakan, tak betul, minyak tak naik, di Malaysia saja naik.

“Itu fahaman kedangkalan ilmu yang ketara tapi diselubungi oleh fahaman agama dan al-Quran menyebabkan orang agak percaya. Tapi dia tidak membantu malah mengelirukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Kementerian Pengangkutan di sini, hari ini.

Katanya, beliau meraikan setiap pandangan jika ia bertujuan untuk memperbaiki namun, tidak boleh menghukum (mengeluarkan kenyataan tidak tepat).

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa rakyat sekali lagi ‘ditipu’ kerajaan susulan kenaikan harga minyak di Semenanjung, sambil mempersoalkan mengapa langkah sama tidak dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

Ahli Parlimen Marang itu menegaskan tiada alasan kukuh untuk kerajaan menaikkan harga minyak kerana Malaysia bukan negara yang terlibat dengan sekatan Iran di Selat Hormuz.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana keadaan ekonomi negara tidak teruk seperti negara-negara lain.

“Bersyukur kita masih hidup, kita masih sihat, ekonomi kita tak teruk macam negara lain.

“Belum bergaduh di stesen minyak, belum tutup lagi ratusan stesen minyak, belum terpaksa berjalan ke tempat kerja. Kita sepaturnya bersyukur,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN