Israel mula ancam GSF, 11 kapal terputus hubungan - Utusan Malaysia

Israel mula ancam GSF, 11 kapal terputus hubungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bot tentera Israel telah mengepung armada awam di bawah Global Sumud Flotilla (GSF) di perairan antarabangsa berhampiran zon mencari dan menyelamat (SAR) Greece.

GSF dalam kenyataan memaklumkan, peserta misi berdepan ancaman penculikan serta keganasan susulan tindakan tersebut.

“Komunikasi dengan 11 kapal dilaporkan terputus manakala media Israel mendakwa tujuh daripada kapal terbabit telah dipintas.

“Tindakan itu merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap undang-undang antarabangsa,” katanya.

GSF menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk segera campur tangan bagi melindungi keselamatan armada berkenaan.

“GSF turut menyeru masyarakat antarabangsa agar memperhebat tekanan bagi menamatkan kepungan terhadap Gaza, di samping menjamin keselamatan semua peserta yang terlibat dalam misi tersebut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN