PETALING JAYA: IOI Properties Group Berhad (IOIPG) terus mengukuhkan kedudukannya di Singapura apabila bersetuju mengambil alih sepenuhnya Asia Square Tower 2 (AST2), sebuah bangunan pejabat Gred A di Marina Bay, menerusi urus niaga bernilai S$2.476 bilion (RM7.7 bilion). Langkah strategik itu mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi jangka panjang pasaran hartanah komersial republik itu. Urus niaga itu dimeterai menerusi perjanjian opsyen jual dan beli antara HSBC Institutional Trust Services (Singapore) Limited…










