Insya-Allah, semua okey - Yusuf Bahrin

Insya-Allah, semua okey – Yusuf Bahrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM:  Rumah tangga, penyanyi, Zizi Kirana dan pelakon, Yusuf Bahrin semakin menimbulkan tanda tanya apabila keduanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, pagi ini.

Yusuf atau nama sebenarnya Mohd Yusuf Bahrin, 34, tiba di mahkamah dalam persalinan serba hitam pada jam 8.40 pagi.

Dia yang tidak mengulas lanjut hanya memohon doa yang baik untuk perkahwinannya.

“Insya-Allah semua okay. Doakan yang baik-baik. Saya okay, Selamat Hari Raya,” katanya ringkas.

Sementara itu, Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah Mad Tahil, 41, tampil berbusana jubah serba hitam hadir bersama pelakon, Datin Umie Aida tepat pukul 8.45 pagi.

“Tiada apa saya nak kongsi. Saya pun tak tahu mengenai proses hari ini,” katanya sambil mengiyakan kali pertama hadir ke mahkamah.

Umie dalam pada itu memohon urusan kedua-dua belah pihak dipermudahkan.

“Doakan yang baik-baik. Semoga semuanya dipermudahkan buat kedua belah pihak,” katanya.

Terdahulu, Zizi dan Yusuf menimbulkan pelbagai spekulasi kerana menyambut Hari Raya secara berasingan tahun ini.

Yusuf dilihat berkongsi foto bersama ahli keluarganya ketika meraikan hari lebaran, sekali gus mengundang persoalan dalam kalangan pengikut mengenai keberadaan isterinya.

Spekulasi pergolakan rumah tangga pasangan itu mula timbul apabila keduanya dilihat tidak lagi berkongsi foto dan video bersama di media sosial.

Yusuf, sebelum ini pernah ditanya tentang status perkahwinannya, namun menafikan spekulasi, sekali gus menegaskan tiada konflik seperti didakwa.

Sementara Zizi berterusan mengunci mulut, sekadar memberi bayangan dan terus menimbulkan pelbagai tanda tanya menerusi beberapa hantaran di Instastorynya.

Untuk rekod, pasangan suami isteri itu mendirikan rumah tangga sejak September 2021. Keduanya bagaimanapun belum dikurniakan cahaya mata. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN