KUANTAN: Kerajaan negeri menyediakan insentif RM1,500 kepada setiap pelajar Maahad Tahfiz Negeri Pahang (MTNP) dan Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang (MTTNP) yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bagi menghargai usaha dan kecemerlangan mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, insentif itu melibatkan sumbangan RM1,000 daripada kerajaan negeri dan RM500 daripada Yayasan Pahang. Katanya, pemberian insentif tersebut adalah tanda penghargaan kerajaan negeri kepada…










