PETALING JAYA: Pelakon, Mimi Lana mengambil pendekatan untuk berehat sementara daripada menggunakan aplikasi Threads.
Pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan keputusan itu diambil kerana khuatir berlebihan menggunakan platform berkenaan.
“Saya suka berada di sini (Threads), tapi saya sedar akan timbul kesan buruk sekiranya menggunakan platform ini secara berlebihan.
“Oleh itu saya ingin berehat sementara daripada menggunakannya, dan memutuskan untuk nyah pasang aplikasi tersebut,” kongsinya.
Mimi Rozaiana Zainal Abidin dalam pada itu mengingatkan pengikut media sosialnya agar berhati-hati terhadap akaun Threads palsu yang berselindung di sebalik namanya.
“Jangan terpedaya dengan akaun palsu yang menggunakan nama saya, lebih-lebih lagi yang berkongsi kod respon pantas (QR) atau yang meminta sumbangan. Itu bukan saya. Ini satu-satunya akaun Threads saya.
“Harus diingat, platform ini hanyalah sebahagian kecil daripada kehidupan. Dunia sebenar seedang menanti anda,” ujarnya. – UTUSAN









