KUALA LUMPUR: Ketua Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan, Tan Sri Mohd. Hassan Marican dilantik sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Pengurusan Krisis (PPPK) di bawah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan itu bertujuan menyelaras usaha kerajaan dalam menangani kesan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat. Menurut beliau, Mohd. Hassan akan memantau perkembangan semasa serta menilai langkah yang perlu diambil secara harian, selain mengumpul maklum…










