PETALING JAYA: Harga diesel di Thailand lebih rendah berbanding Malaysia berikutan pelaksanaan langkah sokongan bahan api di negara jiran itu yang memberi perlindungan tertentu dalam mengekang kenaikan harga. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS), Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata, mekanisme itu dikenali sebagai dana bahan api minyak yang merupakan satu bentuk subsidi tidak bersasar dan dilaksanakan secara menyeluruh. Bagaimanapun katanya, pengumuman kerajaan Thailand…










