PETALING JAYA: Kerajaan digesa membentangkan pelan kontingensi nasional serta memanggil sidang khas Parlimen dengan segera susulan kenaikan mendadak harga diesel yang kini melebihi RM6 seliter. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, langkah itu penting bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang duduk semeja dalam mencari penyelesaian terbaik demi mengurangkan beban rakyat. Menurut beliau, kenaikan harga diesel secara mendadak akan mencetuskan kesan berantai terhadap kos sara hidup termasuk peningkatan kos pengangkutan, harga…










