PETALING JAYA: Delegasi misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) dijadual berlepas ke Gaza dari Barcelona pada 12 April ini. GSF memaklumkan, misi berkenaan akan menghimpunkan lebih 80 bot dengan penyertaan lebih 1,000 individu dari seluruh dunia, sekali gus menjadikannya antara misi kemanusiaan Gaza terbesar melibatkan orang awam. Katanya, pelayaran berkenaan merupakan satu intervensi berprinsip dan tanpa kekerasan yang membawa mesej mempertahankan maruah kemanusiaan, selain mencabar sekatan, halangan serta apa yang…










