PETALING JAYA : Pelajar yang gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan baru-baru ini, perlu kekal berfikiran positif untuk membina masa depan yang lebih baik untuk diri mereka, dan bukan mengambil sikap berputus asa. Mereka diingatkan supaya menganggap kegagalan tersebut bukan penamat kepada kehidupan, sebaliknya bersedia menempuh cabaran dan meneroka peluang baharu. –UTUSAN










