Fokus pembangunan VFX dan AI - Utusan Malaysia

Fokus pembangunan VFX dan AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) giat melaksanakan pelbagai usaha untuk membangunkan teknologi kesan khas (VFX) dan kecerdasan buatan (AI) dalam karya kreatif tempatan.

Pengerusi Finas, Datuk Hans Isaac berkata, antaranya menerusi kerjasama dengan Universiti Multimedia (MMU) yang diyakini mampu mencapai matlamat berkenaan.

“Diharapkan kerjasama dengan MMU dapat membangun dan memperluaskan teknologi kesan khas dan AI yang rancak digunakan dalam karya kreatif zaman sekarang.

“Finas meraikan mana-mana universiti yang sedia bekerjasama, membantu menyediakan latihan, teknologi, perolehan data dan sebagainya,” katanya.

Hans berkata demikian dalam majlis menandatangi memorandum persefahaman (MoU) di Fakulti Kreatif Multimedia, MMU di sini semalam.

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib.

Hans dalam masa yang sama juga berharap kerjasama tersebut dapat melahirkan generasi berkemahiran dalam bidang berkenaan.

“Yang penting sekarang ini adalah peluang diperbanyakkan menerusi kerjasama Finas dan MMU. Harap kerjasama ini dapat mengetengah bakat berkelas tinggi.

“Kemudian barulah lebih banyak filem-filem kita dapat bersaing di peringkat global, bukan setakat mendominasi pasaran tempatan,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN