Dua remaja ditahan ceroboh landasan LRT - Utusan Malaysia

Dua remaja ditahan ceroboh landasan LRT

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua remaja lelaki ditahan selepas menceroboh landasan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Muhibbah, Bukit OUG dekat sini pada 25 April lalu.

Berdasarkan rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) keselamatan di stesen berkenaan, remaja berusia 16 dan 17 tahun warga tempatan itu menceroboh landasan dengan seorang daripadanya sengaja turun ke trek di Platform 1 untuk berjoget bagi tujuan hiburan.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, kejadian itu dipercayai berlaku pada 11.52 malam sebelum mereka ditahan dan diserahkan kepada pihak polis dari Balai Polis Bukit Jalil untuk tindakan lanjut. 

“Mereka direman selama dua hari sehingga 26 April lalu sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 62 Akta Keretapi 1991 kerana menceroboh landasan kereta api dan jika sabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda atau hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

“Arahan telah dikeluarkan supaya kedua-dua suspek dibebaskan memandangkan mereka merupakan pesalah muda selain mengambil kira faktor masa depan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN