Dana pembedahan anak sudah cukup, bapa mohon henti sumbangan - Utusan Malaysia

Dana pembedahan anak sudah cukup, bapa mohon henti sumbangan

KEADAAN Muhammad Azmin Ahmad Fauzi yang dihempap pokok tumbang dalam kejadian ribut di Bagan Serai, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Dana yang diperlukan bagi menampung kos pembedahan Muhammad Azmin Ahmad Fauzi, 22, yang parah akibat dihempap pokok tumbang berjaya dikumpulkan hasil sumbangan orang ramai.

Bapanya, Ahmad Fauzi Sa’rani mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menghulurkan sumbangan.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua penyumbang yang membantu kami.

“Sumbangan yang diterima kini telah mencukupi untuk menampung kos pembedahan anak saya,” katanya.

Sehubungan itu, dia meminta orang ramai menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kutipan dana termasuk nombor akaun dan kod imbas (QR) bank milik anaknya di semua platform termasuk media sosial.

“Apa yang saya cari untuk pembedahan anak saya telah melebihi daripada yang sepatutnya.

“Saya tidak mahu timbul sebarang salah faham atau dituduh mengutip dana secara berlebihan,” katanya.

Dia turut berharap orang ramai terus mendoakan agar pembedahan anaknya dipermudahkan dan diberikan kesembuhan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Ahmad Fauzi  merayu sumbangan untuk kos pembedahan segera anaknya yang berdepan risiko lumpuh kekal akibat kecederaan saraf tunjang berikutan kemalangan yang dialaminya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN