YAN: Cuaca panas melampau dan kemarau sejak dua bulan lalu menyebabkan beberapa kawasan peranginan di Yan dan Merbok, dekat sini kering dan kurang dikunjungi pengunjung. Keadaan itu menyebabkan perniagaan hiliran di kawasan rekreasi seperti di Titi Hayun, Seri Perigi dan Batu Hampar di sini serta Hutan Lipur Tupah di Merbok turut terjejas. Seorang peniaga gerai makan di Titi Hayun, Syaripah Omar, 48, berkata, perniagaan diusahanya lebih dua tahun di situ…










