Baik belajar dari Youtube sahaja - Farah Idayu - Utusan Malaysia

Baik belajar dari Youtube sahaja – Farah Idayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Farah Idayu mengingatkan cikgu vokal agar tidak membuang masa dengan mengajar ilmu yang sudah tersedia di platform dalam talian.

Kata Nur Farah Idayu Yaakob, 41, tindakan itu bukan sahaja merugikan pelajar, malah guru itu sendiri.

“Tolong wahai cikgu vokal seluruh Malaysia, Jangan bazirkan duit student anda dengan mengajar material-material yang ada dalam platform dalam talian seperti Youtube, Instagram, tiktok dan sebagainya.

“Kesian sangat, ada kak yuyu tengok seorang cikgu itu, Satu jam itu duduk sahaja, akhirnya, pelajar habis kelas, balik apa pun tak dapat,” katanya dalam platform Thread.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Ganti Diriku itu mengingatkan pelajar agar berhati-berhati dengan kewujudan ‘scammer’ dalam kalangan tenaga pengajar.

“Lagu pun satu baris tak selesai, begini la setakat nak ajar benda biasa, baik pelajar itu belajar dari youtube sahaja, cikgu pun ramai penipu ya!” kongsinya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN