GUA MUSANG: Dua ekor gajah denak, Cheri dan Rambai mengambil masa selama empat jam sebelum berjaya memujuk seekor gajah liar yang dikenali sebagai Hafiz 11 dalam satu operasi pemindahan gajah di Felda Aring 10 di sini hari ini. Operasi yang dikendalikan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang dan Unit Tangkapan Gajah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan itu bermula pukul 8 pagi dengan penggunaan teknik pemujukan…










